Blog si Eka
Eka





Assalamualaikum, blog si Eka. Tahun 1996.


Assalamualaikum






Follow me?



Berat Melepaskannya

Monday 22 August 2016 ,8:55 am

Ada satu perasaan yang muncul, di mana rasa sedih, rindu mula menerpa diri ini.
Aku terfikir,
"Apa yang akan berlaku selepas ini?"
"Ke manakah aku akan pergi selepas ini?"
"Berjumpa kah aku dengan sahabat-sahabat ku selepas ini?"

Ya, persoalan 'selepas ini' sering bermain di fikiran.
Hanya Allah yang lebih mengetahui. Maha Suci Allah.

Sungguh, aku mula rindu sahabat-sahabat ku tika ini.
Rindu sahabat seperjuangan ku.



Aku, yang kini berada di semester terakhir (In shaa Allah, moga Allah permudahkan segalanya), mindaku mula menerawang kembali kenangan ku ketika berada di sini. 
Di mana aku mula mengenali sahabat-sahabat ku. 
Di mana aku mula mempelajari hidup berdikari. 
Di mana adanya jatuh dan bangun ku.
Di mana aku mengenal erti rindu kepada keluarga yang nun jauh di sana.
Di mana aku mula kembali dan berusaha untuk mendekatkan diri dengan-Nya...


Allah...
Sungguh, walaupun aku masih berada di sini,
Walaupun aku belum melangkah pergi,
Walaupun aku belum meninggalkan tempat ini,
Jiwaku seakan berat meninggalkan tempat yang banyak mengajarku erti kehidupan.



Ku akui, aku merasa bertuah berada di sini.
Aku merasa bersyukur dengan takdir Allah yang menempatkan ku di sini.
Perasaan yang tidak dapat digambarkan...

Buat sahabat-sahabat ku,
Aku sayang kalian.
Aku rindu kalian.
Moga perkenalan kita membawa erti yang bermakna dalam hidup ini.
Moga ukhwah kita diredhai Allah.

Sungguh, 
Aku dapat merasakan manisnya ukhwah.
Manisnya mengenali kalian.
Kerana kalian adalah salah satu jalan yang Allah tunjukkan agar aku sentiasa mendekatkan diri kepada-Nya. 



Kalian, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Moga kita bertemu kembali! 

Moga kita sentiasa berada dalam bimbingan-Nya! 





0 Comments:

Post a Comment

Assalamualaikum and hyeee ^^ silakan comment